Restoran JIMBOY

Restoran JIMBOY merupakan cawangan kedua bagi restoran Uncle JIM. Ia terletak tak jauh daripada Petronas Jalan Baru menghala ke Manong. Berbeza dengan Uncle JIM, servis di sini agak perlahan dan perlu sabar menanti makanan anda dihidangkan.

Walaupun masakannya sedap. Servisnya sedikit lambat. Andainya mereka dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan, ia pasti akan jadi yang terbaik. Walau bagaimanapun ia tetap menjadi tumpuan ramai orang yang ingin menikmati hidangan yang sedap-sedap.

restoran jimboy

Gambar ini diambil pada waktu 12.30 malam. Masih ramai lagi orang yang melepak dan menonton rancanganĀ  TV di layar besar. Saya seorang tak sabar nak makan, jika menunggu air mengambil masa lebih 30 minit walaupun tiada orang. Makanan 1 jam baru sampai. Itu memang bukan tempat saya.

Jika anda seorang penyabar. Boleh cuba. Saya tak pasti samada ia konsisten atau tidak, setiap kali terjadi perkara yang sama jika singgah di restoran ini. Jadi saya membuat rumusan bahawa masa servis di restoran ini agak lambat dan perlahan. Kena banyak bersabar. šŸ˜›

Dari segi makanan, ianya sedap.

Leave a Reply