Restoran Bandar Hadramawt

Jika seorang pengemar makanan arab, di Kuala Kangsar terdapat satu restoran yang boleh anda cuba. Ianya 100% arab daripada pemilik, tukang masak sehinggalah pelayan daripada bangsa Arab iaitu dari Yaman.

Restoran Bandar Hadramawt

Di Restoran Bandar Hadramawt ini, terdapat pelbagai jenis makanan arab termasuklah beberapa jenis nasi arab seperti khabsa, mandy dan beberapa jenis yang susah saya nak sebut. Disebabkan ia 100% arab, bila ambil order pun dalam english berterabur tapi jangan risau mereka boleh faham kalau dengan bahasa Isyarat sekalipun.

Restoran nasi arab Bandar hadramawt kuala kangsar

Sebelum ini. terdapat 2 restoran nasi arab di Kuala Kangsar. Kini hanya tinggal 1. Kuala Kangsar merupakan pekan kecil di Perak. Kuasa beli mungkin berkurangan lainlah Pak Arab yang sememangnya duit banyak.

restoran_hadramawt

Restoran ini terletak bersebelahan dengan Kolej Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS). Hanya di tepi pagar Kuisas dan bersebelahan dengan Asrama Pelajar Kuisas. Tak susah jika anda nak mencarinya. Hanya cari KUISAS anda akan jumpa restoran ini.

Saya pernah makan disini, harga untuk Mandy Lamb adalah RM16. Kambing merupakan kegemaran saya, jadi kalau ada kambing memang akan cuba nasi arab berlauk kambing. Rasanya sedap mungkin sebab tukang masaknya sememang dibawa khas daripada Yaman. Jadi originaliti nasi arab tu terserlah dalam hidangan nasi arab mereka.

Sepanjang jalan ke sana, terdapat beberapa restoran yang sedap dan menarik untuk anda cuba seperti Restoran Nasi Ayam, Restoran Pak Yob dan Pak Unggai. Restoran Nasi Ayam dan Pak Yob buka pada malam dan Pak Unggai pada waktu pagi. Disini anda boleh jumpa makan pagi yang murah gile dan ada air minuman percuma yang anda boleh minum sepuasnya.

 

Incoming search terms:

  • nasi arab best di kuala kangsar
  • nasi arab kuala kangsar
  • restoran nasi arab di kuala kangsar