MH Hotel Sungai Siput

MH Hotel Sungai is one of biggest hotel in Kuala Kangsar (Sungai Siput was small district of Kuala Kangsar). Ia about 16km from Kuala Kangsar. I’ve stay there a night. It’s got large room suitable for those who want to relax and rest.

MH Hotel Sungai Siput

Terdapat 2 MH Hotel di Perak iaitu di Ipoh dan Sungai Siput. Ia merupakan hotel yang terbesar dan paling banyak bilik di Kuala Kangsar. Sungai siput merupakan daerah kecil Kuala Kangsar dan terletak dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

mh hotel sungai siput

Apa yang terbaik tentang Hotel MH Sungai Siput ini ialah biliknya yang luas dan makanan yang sedap dan murah. Di lobby terdapat restoran yang anda makan secara buffet namun harganya sangat murah seperti warung biasa.

Sebabnya pemilik restoran di MH Hotel ini adalah asalnya pemilik warung tidak jauh daripada Hotel ini. Ruang parking juga banyak di sekitar hotel dan juga di bawah hotel.

bilik hotel mh sungai siput

Harga bagi hotel ini adalah antara RM116 semalam. Jadi agak berbaloi jika anda menghala ke Ipoh dengan jalan lama.

Saya pernah menginap di hotel ini kerana pernah terlibat dalam satu program latihan dengan sebuah agensi kerajaan di sini. Jadi ia agak memuaskan. Cuba yang tak best ialah kemudahan wifi yang diberikan adakalanya tidak boleh diakses. Setiap pelanggan yang datang diberikan akses wifi yang tersendiri dan ada masa luput.

Yang lain memang best, hot shower yang kuat. Jika anda perlukan iron, anda perlu minta. Ia memang tak disediakan di dalam setiap bilik. Biliknya sememangnya besar dan luas. Jika anda membawa family, ia sangat sesuai kerana dengan keluasan sebegini, ia langsung tidak merimaskan.

Di hadapan Hotel MH Sungai Siput ini juga terdapat Restoran Pizza Hut dan juga beberapa kopitiam yang boleh anda melepak bersama rakan-rakan mahupun keluarga anda.

Tempahan Bilik Di MH Hotel Sungai Siput

Untuk tempahan bilik di MH Hotel Sungai Siput, anda boleh membuat tempahan di Agoda. Ia cukup mudah dan senang. Klik Sini Untuk Tempahan Bilik Di MH Hotel Sungai Siput.

Incoming search terms:

  • tempat makan sedap di sg siput