Masjid Ubudiah / Ubudiah Mosque

This slideshow requires JavaScript.

The Ubudiah Mosque is reputed to be one of the most beautiful mosques in Malaysia and I can confirm that with my own eyes. The word “ubudiah” means “to yield oneself to the will of Allah”. Appropriately, it was the name chosen by the then 28th Sultan of Perak, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I when he decided to build the mosque in 1911.

He was convalescing in Port Dickson, and there, he made a vow to build a magnificent mosque as thanksgiving for recovery from the ailment that plagued him. Its striking design was achieved by an Englishman, AB Hubbock, who also designed many of the public buildings in Kuala Lumpur and Ipoh.

The mosque, with its huge golden onion-dome, was begun in 1913 but, due to wartime delays and the smashing of imported Italian marble by rampaging elephants, wasn’t completed until 1917. Sadly, Sultan Idris never got to see it to its completion, having passed away a year earlier.

 

Non-Muslim can go inside it with proper cloth. See below:

mosque_dresscodes

(Credit:Wikipedia)

Non Muslim can entering the mosque in most Islamic Country. Don’t get wrong and assume only Muslim can go inside it. Same goes to Malaysia. You can go inside if wear proper dress.

Versi Bahasa Malaysia

Masjid Ubudiah merupakan salah satu mercu tanda Kuala Kangsar. Ia merupakan salah satu daripada Masjid yang tercantik di Malaysia. Senibinanya sangat mengagumkan. Ia telah dibina semasa pemerintahan Sultan Idris Shah pada tahun 1911 selepas bernazar jika sembuh daripada penyakitnya, Baginda ingin membina sebuah masjid yang indah.

Rekabentuk Masjid ini dilakukan oleh seorang arkitek Inggeris yang bernama AB Hubbock yang telah mereka bentuk banyak bangunan bersejarah di Ipoh dan juga Kuala Lumpur. Ia mula dibina pada tahun 1913, namun perang melanda dan juga insiden gajah mengamuk yang merosakkan marmar yang diimport daripada Itali untuk membina masjid ini. Ia akhirnya siap dibina pada tahun 1917, malangnya Sultan Idris tidak sempat untuk melihat masjid ini siap dibina kerana mangkat pada tahun sebelumnya.

Masjid ini boleh dimasukkan oleh semua orang termasuk Non Muslim dengan syarat menepati tatacara pemakaian yang ditetapkan. Namun, kebanyakan pelancong yang datang hanya mengambil gambar dari luar kerana tidak tahu akan hal ini.

Bagi mereka yang beragama Islam, ambil peluang ini untuk bersolat sunat di dalam Masjid yang indah ini. Masjid ini sesak dengan jemaah ketika solat Jumaat. Ia dibanjiri oleh penduduk sekitar untuk bersolat jumaat. Jika terlewat, anda mungkin terpaksa bersolat di tangga.

Ia bukanlah masjid yang besar yang boleh menampung jemaah yang ramai. Pada hari jumaat, anda boleh memilih untuk bersolat di Masjid berdekatan seperti Masjid Ridwaniah dan masjid yang baru dibina di Kota Lama Kiri yang boleh menampung jemaah yang agak besar.

Ia merupakan salah satu lokasi penting untuk anda mengambil gambar dan mengabadikan kenangan anda di Kuala Kangsar.